AM > BERITA

Tiga Sekeluarga Berdepan Detik Cemas Terperangkap Dalam Kebakaran Di Banting

17/08/2024 10:28 AM

SHAH ALAM, 17 Ogos (Bernama) -- Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kebakaran melibatkan empat buah rumah teres dua tingkat di Jalan Toman, Banting awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kesemua mangsa yang terperangkap di bahagian belakang rumah itu, berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Penyelamat orang awam tersebut mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca ketika cuba memasuki rumah itu, dan telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada 1.15 pagi tadi dengan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting digerakkan ke lokasi itu dengan dibantu pegawai dan anggota dari BBP KLIA dan Teluk Panglima Garang.

“Kebakaran itu turut menyebabkan dua kenderaan terbakar 100 peratus,” katanya menambah jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan