AM > BERITA

KUSKOP Sokong Penubuhan Koperasi Nelayan 

18/08/2024 05:44 PM

LABUAN, 18 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kooperasi (KUSKOP) sedang berusaha menubuhkan koperasi bagi menjaga kebajikan dan kesejahteraan nelayan seluruh negara. 

Menterinya Datuk Ewon Benedict menegaskan komitmen kementerian adalah untuk menyokong inisiatif  bagi menambah baik taraf hidup dan kesejahteraan golongan itu melalui koperasi. 

"Saya mengambil maklum permintaan Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman, untuk mewujudkan koperasi yang menumpukan kebajikan lebih 2,000 nelayan di Labuan," katanya dalam sesi libat urus sempena Pergerakan Koperasi Wilayah Persekutuan Labuan 2024 di sini hari ini.  

Beliau turut mengarahkan Suruhanjaya Koperasi Masyarakat Malaysia (SKM) untuk terus mengadakan perbincangan dengan Persatuan Nelayan Labuan bagi menjayakan penubuhan koperasi itu dan mengenal pasti bidang keperluan nelayan yang harus diberi perhatian oleh kementerian.  

Ewon berkata inisiatif serupa juga sedang dipertimbangkan bagi Terengganu iaitu kewujudan koperasi sedang dikaji. 

Dalam pada itu, beliau menggalakkan penggiat industri pelancongan untuk berunding dengan SKM mengenai kelebihan menubuhkan koperasi bagi industri berkenaan.  

"Kementerian sentiasa bersedia menyediakan bantuan kewangan berdasarkan kriteria yang relevan,'’ jelas Ewon.  

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan