AM > BERITA

Malaysia Terus Jadi Tumpuan Sebagai Destinasi Pilihan Pelabur Di Asia Tenggara

23/08/2024 04:20 PM

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Malaysia menjadi negara yang semakin mendapat tumpuan di Asia Tenggara, dengan pelabur lebih berminat untuk melabur di negara ini berikutan dasar mesra perniagaan kerajaan MADANI, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata pertumbuhan ekonomi yang meningkat, politik stabil dan mata wang mengukuh turut menjadi faktor yang menarik pelabur ke Malaysia.

“Ringgit telah mengatasi mata wang serantau lain untuk menjadi mata wang Asia yang mencatatkan prestasi terbaik setakat ini pada tahun ini, selepas meningkat lebih lima peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, pasaran saham telah menunjukkan momentum yang kukuh, dengan FBM KLCI meningkat lebih 12 peratus setakat ini.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia juga telah mengatasi jangkaan, berkembang sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024 dan 5.9 peratus pada suku kedua 2024, didorong oleh perbelanjaan swasta yang kukuh, kemasukan pelaburan asing dan prestasi eksport yang baik.

“Malaysia kini berada di landasan yang tepat,” kata Nga.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan