AM > BERITA

Program Langkahan Merdeka Semarak Sambutan Bulan Kebangsaan Warga Bernama

27/08/2024 07:35 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Program Langkahan Merdeka yang berlangsung hari ini, menyemarakkan semangat menyambut Hari Kebangsaan dalam kalangan petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). 

Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj berkata antara pengisian program itu ialah acara 6,700 langkah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini.

"Selain warga Bernama, program ini juga disertai peserta lain. Ini antara program dilakukan Bernama bagi memastikan staf dapat meraikan Bulan Kebangsaan secara bersama," katanya selepas merasmikan program itu di Kebun Bandar Sungai Bunus (KBSB) di sini.

Penganjuran Program Langkahan Merdeka oleh Bahagian Perpustakaan Digital, Pusat Kecemerlangan Bernama bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta KBSB itu juga diadakan bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK). 

Pengurus Kanan Perpustakaaan Digital Bernama Hasnita Ibrahim berkata turut berlangsung pada program sehari itu ialah Pertandingan TikTok Kemerdekaan, perkongsian buku biblioterapi dan pertandingan nyanyian lagu patriotik yang menawarkan hadiah wang tunai hingga RM500.

"Selain meningkatkan semangat cinta kepada negara, program ini juga mempromosikan perpustakaan digital Bernama," katanya.

Hasnita yang juga Setiausaha Jawatankuasa Persatuan KBSB berkata pemilihan kebun bandar itu sebagai lokasi bertujuan mempromosikan budaya berkebun dalam kalangan petugas agensi berita itu, selain Bernama ialah satu daripada 11 pihak berkepentingan kebun berkenaan yang dimulakan sejak 2014 itu. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan