AM > BERITA

Laluan Pejalan Kaki Ke Pulau Burung, Menara Tinjau Ditutup Serta-merta

27/08/2024 10:15 PM

SEREMBAN, 27 Ogos (Bernama) -- Pulau Burung Walkway and Watch Tower di Batu 5, Jalan Pantai Port Dickson ditutup sepenuhnya berkuat kuasa serta-merta.

Menurut notis dikeluarkan Majlis Perbandaran Port Dickson, penutupan itu dilakukan berikutan terdapat kerosakan pada struktur jambatan ke pulau berkenaan.

"Tarikh penutupan berkuat kuasa serta merta sehingga diberitahu kelak.

"Pengunjung hendaklah mematuhi arahan ini demi keselamatan diri, dan pihak majlis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan serta kecederaan pengunjung akibat kegagalan mematuhi arahan notis ini," menurut notis itu hari ini.

Pulau Burung Walkway yang terletak di Pantai Cahaya Negeri ialah satu-satunya laluan pejalan kaki untuk ke Pulau Burung dengan jarak 180 meter dari darat dan di pulau itu terdapat menara tinjau tiga tingkat yang membolehkan pengunjung menikmati panorama laut Port Dickson.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan