AM > BERITA

Komponen Mekanikal, Kekurangan Tenaga Mahir Punca Insiden Masalah Teknikal Pesawat MAB

28/08/2024 05:42 PM

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Isu membabitkan komponen mekanikal dan kekurangan tenaga pekerja mahir antara faktor berlakunya insiden masalah teknikal membabitkan pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata itu adalah dapatan siasatan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) ke atas MAB termasuk syarikat MAB Engineering Services (MABES) pada 24 hingga 28 Jun lepas.

Beliau berkata dapatan berkenaan turut dibentangkan pada mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

“CAAM mendapati  63 orang daripada 411 pekerja MABES yang boleh memperakukan perihal selamat pesawat penerbangan telah berhenti dan berhijrah ke tempat lain, 

“Ia berkemungkinan disebabkan tawaran gaji lumayan yang disediakan oleh syarikat penyelenggara lain,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan