AM > BERITA

Operasi Salvaj KD Pendekar: Anggota Yang Maut Dikenali Sebagai LK I PLM Arman San - TLDM

28/08/2024 09:23 PM

JOHOR BAHRU, 28 Ogos (Bernama) -- Anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj Kapal Diraja (KD) Pendekar di perairan Kota Tinggi ialah Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa.

TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan jenazah Allahyarham Arman San yang berkhidmat sebagai Penyelam Ranjau pasukan itu dari Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) kini berada di Hospital Sultan Ismail, Johor untuk proses bedah siasat dan akan dibawa ke Lahad Datu, Sabah untuk pengebumian.

“TLDM akan memastikan segala bentuk bantuan dan sokongan disalurkan kepada keluarga Allahyarham dalam menghadapi dugaan ini.

“TLDM menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan golongan yang beriman,” katanya.

Menurut TLDM, Lembaga Siasatan Khas telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

KD Pendekar tenggelam semasa pelayaran operasi di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos lepas.

Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu ditenggelami air sepenuhnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan