BERITA TERGEMPAR   Hong Leong Bank remains watchful on the US monetary policy stance, targeting 1.85 pct - 1.95 pct NIM growth in FY2025 - CEO Kevin Lam | 
 AM > BERITA

FAMA Sasar RM5 Juta Jualan Di MAHA 2024

29/08/2024 03:44 PM

KUALA NERUS, 29 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan RM5 juta jualan pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang akan berlangsung dari 11 hingga  22 Sept depan.

Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata sasaran itu meliputi lima kluster termasuk Kingdom of Agro Food; Food Empire & Food Viral; Food Truck Fiesta; Food Trade dan Rhythm of Farmers.

Beliau berkata antara tarikan utama ialah jualan 1,000 menu istimewa dan tular (viral) dari seluruh negara.

"Makanan istimewa dari negeri-negeri ini, kita akan bawa satu menu yang dah kita pertandingkan. Contohnya Terengganu nasi dagang dan Johor mee bandung yang kita satukan dalam satu kluster.

"Kita juga ada satu gimik menara buah yang diperbuat daripada limau bali dan nangka. Menara buah yang berbentuk seperti menara berkembar ini akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records sebagai menara buah tertinggi di Malaysia," katanya selepas majlis perasmian Karnival Jualan Agro MADANI Mega Negeri Terengganu 2024 di Kompleks Sukan Gong Badak, di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau mengalu-alukan kunjungan orang ramai ke gerai FAMA yang menyajikan pelbagai tarikan unik serta istimewa.

"Kita juga ada kluster Rhythm of Farmers yang lebih kepada pengisian kerohanian dan sedikit acara hiburan bagi menggalakkan orang ramai berada di tapak MAHA sehingga 10 malam," katanya.

 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan