AM > BERITA

Paip Pembetungan Awam Bukan Punca Tanah Jerlus Di Kampung Kerinchi - IWK

30/08/2024 01:07 PM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) --  Indah Water Konsortium (IWK) menjelaskan kejadian tanah jerlus di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Isnin lepas bukan berpunca daripada paip pembentungan syarikat itu. 

Menurut IWK dalam kenyataan hari ini, pasukan operasinya telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian sebaik menerima laporan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mendapati aliran air kumbahan di jajaran paip pembetungan lancar seperti biasa.

"Pemeriksaan lanjut telah dibuat petang semalam dengan menggunakan kaedah kamera litar tertutup (CCTV) dan hasil siasatan mendapati bahawa paip dan lurang pembetungan awam berada dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda kerosakan dikenal pasti," menurut kenyataan itu.

Syarikat itu berpendapat kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh punca lain yang memerlukan penyiasatan terperinci oleh agensi berkaitan. 

Menurut IWK, hasil siasatan CCTV turut dimaklumkan kepada pihak DBKL.

DBKL dalam hantaran di laman Facebook pada Selasa memaklumkan kejadian longkang runtuh itu mengakibatkan lubang besar di Kampung Kerinchi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan