AM > BERITA

Watsons Malaysia Perkenal Kempen "APP-RYTHING For You APP-RYDAY"

30/08/2024 03:27 PM

KUALA LUMPUR,  30 Ogos (Bernama)  -- Watsons Malaysia memperkenalkan kempen "Watsons APP-RYTHING For You APP-RYDAY", iaitu segalanya boleh didapat melalui aplikasi Watsons MY.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Watsons Malaysia memaklumkan kempen itu bagi meraikan ahli Watsons Club pada September ini sempena ulang tahunnya ke-14. 

Menurut kenyataan itu sepanjang kempen berkenaan Watsons menawarkan lebih banyak ganjaran eksklusif dan peluang sekali seumur hidup bagi seorang ahli yang bertuah untuk memenangi rumah baharu oleh LBS.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia yang juga Ketua Pegawai Operasi Kesihatan dan Kecantikan Asia bagi AS Watsons Caryn Loh berkata sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan nombor satu, Watsons Malaysia berhasrat untuk terus bersama ahlinya di seluruh negara.

“Kami komited untuk menerajui dan memperkukuhkan program kesetiaan kami di seluruh negara dengan menawarkan lebih banyak faedah dan ganjaran.

“Tahun ini, kami mahu ahli-ahli kami menikmati segalanya di aplikasi Watsons MY, yang bukan hanya memberikan pengalaman membeli-belah dalam talian tetapi juga program kesetian dan ganjaran yang lancar serta pilihan membeli-belah yang melangkaui Watsons,” katanya.  

Loh berkata buat tahun ketiga, mereka teruja untuk sekali lagi bekerjasama dengan LBS bagi menawarkan hadiah utama iaitu rumah baharu di LBS Bayu Hills Residence  di Genting Highlands kepada ahli yang setia. 

Dengan lebih lapan juta ahli, Watsons Club menjadi satu daripada program kesetiaan paling popular di Malaysia.

Menurut kenyataan itu sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, ahli Watsons berpeluang untuk membuka tawaran eksklusif di aplikasi itu setiap hari, selain program ganjaran dan e-Stamp Watsons dengan mengumpul mata serta setem digital daripada setiap pembelian yang kemudian boleh ditebus untuk ganjaran dan faedah tambahan di Aplikasi Watsons My.

Pelanggan juga boleh membeli melangkaui produk Watsons yang dipaparkan W Mall dalam aplikasi itu. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan