AM > BERITA

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Di Utara Semenanjung Pada 2 Hingga 7 Sept

31/08/2024 02:25 PM

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Ribut petir berserta hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh lebih panjang di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak mulai 2 hingga 7 September ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berdasarkan analisis model-model cuaca yang menyaksikan penumpuan angin dijangka berlaku di utara Semenanjung dalam tempoh berkenaan.

"Sementara itu, di negeri-negeri lain, cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini," kata kenyataan itu.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan