AM > BERITA

Perlis Tuan Rumah Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2025

03/09/2024 03:21 PM

KANGAR, 3 Sept (Bernama) -- Perlis dipillih sebagai tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1446H/2025M yang akan melibatkan 112 peserta dari seluruh negara tahun depan.

Menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu kenyataan hari ini perkara itu dipersembah maklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar kepada Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis sembah menghadap di sini semalam.

"Tarikh MTHQK akan diputuskan secara rasmi kepada umum sebelum penghujung tahun ini. Secara umumnya, setiap negeri diwakili lapan peserta iaitu dua dalam kategori tilawah al-Quran manakala enam peserta dalam kategori hafazan al-Quran,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang DiPertua MAIPs menzahirkan sukacita atas pemilihan negeri itu sebagai tuan rumah bagi penganjuran MTHQK 2025.

"Baginda berharap agar Perlis akan terus mendapat perhatian penganjur bagi sebarang pertandingan dan kejohanan bagi merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang sedang berlangsung sehingga penghujung tahun hadapan.

"(Selain itu) Sambutan Jubli Perak iaitu 25 Tahun Pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebagai Raja Perlis pada 16 April 2025 dan seterusnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan