AM > BERITA

Insentif Rebat Rahmah Pengamal Media Guna Pelan Prabayar Secara Sekali Beri Bulan Ini

04/09/2024 05:45 PM

PUTRAJAYA, 4 Sept (Bernama) -- Pengamal media yang menggunakan pelan prabayar bakal menikmati Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media secara sekali beri pada bulan ini, bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka semasa bertugas.

Kementerian Komunikasi dalam kenyataan hari ini memaklumkan insentif sempena Bulan Kebangsaan 2024 itu, terbuka kepada pengamal media warganegara Malaysia dan pemegang Kad Perakuan Media dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) yang masih aktif.

Kenyataan itu memaklumkan insentif itu terbuka untuk pengamal media yang sedang melanggan pelan prabayar dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech, Tunetalk, XOX Com dan YTL Communications.

“Pengamal media yang layak perlu mengemas kini nombor telefon prabayar dan maklumat lain berkaitan melalui Sistem eMedia JAPEN di pautan https://emedia.penerangan.gov.my/ sebelum 10 Sept, untuk menikmati insentif ini bermula 16 Sept depan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan maklumat lanjut Insentif Rebat Prabayar RAHMAH Pengamal Media akan diumumkan syarikat telco terlibat.

Soalan Lazim (FAQ) boleh dirujuk di pautan https://www.komunikasi.gov.my/en/awam/faq.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan