AM > BERITA

Melaka Rancang Menu RM10 Sempena MBLM Bermula Bulan Depan

05/09/2024 01:59 AM

MELAKA, 4 Sept (Bernama) -- Kerajaan Melaka merancang untuk memperkenalkan menu pada harga RM10 sempena program Melaka Bila Larut Malam (MBLM) bermula bulan depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pihaknya amat menggalakkan peniaga kedai makan untuk mengolah menu tersendiri di premis mereka bagi menyertai kempen berkenaan.

“Kita menggalakkan semua pemilik restoran, gerai-gerai untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri iaitu kita akan mempromosikan menu RM10 ini sebagai ikon untuk datang ke Melaka sempena MBLM.

“Jadi terserah kepada pihak kedai untuk mengolah menu RM10 ini macam mana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi 2024 di sini malam ini.

Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Choo Chin.

Kerajaan Melaka melaksanakan Program MBLM pada setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan dengan beberapa kawasan pelancongan menawarkan tiket masuk pada harga serendah RM10.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan