AM > BERITA

PM Anwar Lawat Tapak Pameran EEF 2024 Di Vladivostok, Rusia

05/09/2024 02:58 PM

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat tapak pameran bersempena Forum Ekonomi Timur kesembilan (EEF 2024) selepas mengadakan pertemuan dan sidang media bersama media Malaysia di Vladivostok, Rusia.

“Pameran ini memberi tumpuan utama kepada pelbagai budaya daripada pelbagai etnik rakyat Rusia dari pelbagai wilayah dan republik yang membentuk keseluruhan Persekutuan Rusia.

“Di ruang yang sama juga ditonjolkan bagaimana wilayah Timur Hujung Rusia ini dibangunkan atas nama kesejahteraan sejak dulu hingga sekarang dengan pelbagai projek pembangunan dan ekonomi yang ternyata memberi nilai tambah kepada tahap kehidupan masyarakat di wilayah ini dan akan terus menyemarak,” katanya dalam hantaran di Facebook. 

Anwar kini dalam lawatan kerja dua hari ke Rusia dan dijadualkan menyampaikan ucaptama pada sidang pleno EEF 2024. 

Semalam Anwar turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan