BERITA TERGEMPAR   Paris route represents Malaysia Airlines’ 68th destination and will be served by A350-900 aircraft - Capt Izham | 
 AM > BERITA

Tiada Cuti Gantian Pada 17 Sept - Ketua Menteri Sabah

05/09/2024 03:59 PM

KOTA KINABALU, 5 Sept (Bernama) -- Kerajaan Sabah memutuskan tidak mengumumkan 17 Sept sebagai cuti gantian bagi sektor awam negeri walaupun Hari Malaysia dan Maulidur Rasul jatuh pada tarikh yang sama iaitu 16 Sept.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bagi sektor swasta terpulang kepada majikan sama ada mahu memberikan cuti pada 17 Sept.

"Maulidur Rasul yang juga cuti umum jatuh pada hari yang sama dengan Hari Malaysia.Bagaimanapun, Kabinet negeri memutuskan untuk tidak memberikan cuti gantian pada 17 Sept untuk sektor awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Hajiji berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg dijangka menghadiri sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu pada 16 Sept.

Acara anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah itu akan diadakan di Padang Merdeka bermula 7 malam.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan