AM > BERITA

Nota Diplomatik Bocor Tiada Kesahihan - Khaled Nordin

05/09/2024 06:50 PM

TANJONG MALIM, 5 Sept (Bernama) -- Dakwaan mengenai kebocoran nota diplomatik daripada Kementerian Luar China kepada Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, tiada kesahihannya, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled.

Beliau bagaimanapun tidak dinafikan bahawa terdapat tuntutan bertindih antara kedua-dua negara.

“Surat bocor itu tak ada kesahihan, tapi memang kita tidak nafikan ada tuntutan bertindih,” katanya menjawab pertanyaan pemberita selepas menghadiri Majlis Executive Lecturer Menteri Pertahanan Bersama Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian juga sentiasa memantau isu berkaitan antara China dan Filipina di Laut China Selatan, serta tidak menolak kemungkinan perlu bersedia dalam apa jua keadaan.

Terdahulu Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan sedang menjalankan siasatan dalaman dan akan membuat laporan polis berhubung kebocoran nota diplomatik berkenaan.

Menurut kenyataan itu, nota berkenaan diterbitkan dalam satu artikel oleh portal media Filipina pada 29 Ogos.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan