AM > BERITA

Melaka Rekod Kerugian RM52.19 Juta Akibat Penipuan Dalam Talian

05/09/2024 07:47 PM

JASIN, 5 Sept (Bernama) -- Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM52.19 juta berkaitan aktiviti penipuan dalam talian bagi tempoh Januari hingga 2 Sept lepas, dan 964 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh itu, kata Exco Sains Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.

Beliau berkata daripada jumlah itu juga 378 kes berjaya dibawa untuk pertuduhan membabitkan kesalahan jenayah ini.

Fairul berkata berkata isu itu perlu dibendung lebih awal kerana ia boleh mendatangkan kerugian di samping memecahbelahkan masyarakat dan menganggu-gugat kestabilan negara.

"Saya ingin menasihatkan supaya masyarakat lebih berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan segala taktik penipuan ini, selain melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa dengan segera sekiranya menjadi mangsa," katanya kepada pemberita di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan Yayasan MARA 2024 kepada 467 murid terdiri daripada keluarga B40 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan