AM > BERITA

Nama Fadillah Yusof Sekali Lagi Digunakan Untuk Akaun FB Palsu

06/09/2024 01:15 AM

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Akaun Facebook yang menggunakan gambar profil Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dengan nama ‘Fadillah Yusof’ atau username ‘@fadillah.yusof.2024’ adalah akaun palsu.

Perkara tersebut dimaklumkan Fadillah menerusi hantaran ringkas di Facebook rasminya, hari ini.

Beliau berkata akaun palsu direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan laporan telah dibuat kepada pihak Facebook untuk tindakan lanjut.

“Akaun Facebook ‘Fadillah Yusof’ yang menggunakan gambar profil saya bukan akaun milik saya. Mohon abaikan mesej-mesej yang dihantar menerusi akaun berkenaan,” katanya yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam.

Beliau turut memaklumkan akaun rasmi Facebooknya adalah pada pautan https://www.facebook.com/fadillahyusof194?mibextid=ZbWKwL , manakala  akaun Facebook peribadi di pautan https://www.facebook.com/fadillah.yusof?mibextid=ZbWKwL.

Pada 20 Nov tahun lepas, Fadillah mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau untuk mewujudkan WhatsApp, Telegram serta Facebook palsu, sementara pada 25 Dis 2023, satu akaun palsu di Facebook dikesan menggunakan gambar profil beliau dengan nama 'Haji Fadillah Yusuf'.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan