AM > BERITA

Permohonan Dan Cetakan MyKad Hanya Boleh Dibuat Di Malaysia - JPN

07/09/2024 05:16 PM

PUTRAJAYA, 7 Sept (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan permohonan dan cetakan kad pengenalan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja.

JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mereka perlu kembali ke tanah air jika ingin membuat permohonan sama ada MyKad kali pertama (12 Tahun) mahupun gantian MyKad akibat rosak ataupun hilang.

"Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara," menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan maklumat, orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan