AM > BERITA

Bernama Lakukan Kunjung Hormat Ke Atas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

10/09/2024 10:35 PM

GEORGE TOWN, 10 Sept (Bernama) -- Delegasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di kediaman rasmi beliau, Seri Mutiara, di sini.

Delegasi agensi berita itu diketuai Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai dan turut disertai Ketua Biro Bernama Pulau Pinang R. Ratcharathan.

Wong berkata pelbagai perkara telah dibincangkan dalam mesyuarat yang berlangsung lebih satu jam itu, termasuk bertukar pandangan mengenai apa yang Bernama boleh lakukan ketika Malaysia memegang jawatan pengerusi ASEAN, tahun depan.

“Sudah setahun saya menjadi Pengerusi dan saya ingin mendapatkan nasihat dan pandangan beliau,” katanya dan menambah Ahmad Fuzi berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bernama dari 1999 hingga 2001 dan merupakan wakil Kementerian Luar dalam lembaga Bernama.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan