AM > BERITA

Anwar Mempengerusi Mesyuarat MTPMA63 Di Sabah

12/09/2024 04:00 PM

KOTA KINABALU, 12 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1/2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Ketibaan Anwar pada 2.28 petang diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya; ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, serta beberapa barisan Kabinet Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak, dan ahli majlis yang lain.

Terdahulu, Anwar melawat Felda Sahabat di Lahad Datu bagi menghadiri Karnival Segalanya Felda, pagi tadi, sempena lawatan rasmi dua hari ke Sabah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan