AM > BERITA

APM Kelantan Sedia Gerak 104 Aset, 920 Anggota Hadapi Monsun Timur Laut

12/09/2024 06:20 PM

BACHOK, 12 Sept (Bernama) -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan sedia menggerakkan 104 aset termasuk 60 pelbagai jenis bot, kenderaan pacuan empat roda serta lori dan 920 anggota dalam menghadapi segala kemungkinan yang berlaku sepanjang Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah APM Kelantan Kol (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata dari segi pembahagian aset setakat ini, setiap jajahan menerima kira-kira empat hingga lima bot, namun keperluan aset itu akan ditambah dari semasa ke semasa bergantung pada skala banjir yang berlaku di kawasan terbabit.

"Tahun ini kita lakukan latihan persediaan MTL lebih awal berbanding tahun lepas kerana mahu memantapkan anggota menerusi latihan yang dilaksanakan sekali gus dapat memastikan semua aset sedia ada berada dalam keadaan baik atau sebaliknya.

"Tindakan ini diambil supaya semuanya berjalan lancar sekiranya berlaku bencana di luar jangka," katanya kepada pemberita selepas hadir merasmikan Majlis Penutup Latihan Persediaan MTL di Pantai Irama Bachok di sini hari ini.

Terdahulu, sebanyak 93 anggota sukarela yang berdaftar di jajahan Bachok, Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Puteh menjalani latihan berkenaan termasuk latihan di air yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa lepas.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan