AM > BERITA

UKM Raikan Pengamal Media Di Majlis MediaWave 2024

13/09/2024 12:01 AM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) meraikan pengamal media yang sering membantu institusi pengajian tinggi awam itu menyampaikan maklumat kepada masyarakat dalam majlis MediaWave UKM 2024 di sini malam ini.

Gimik perasmian majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian yang mewakili Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) (Perkhidmatan Berita) Nasriah Darus dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Bernama Mohd Haikal Mohd Isa.

Pada majlis itu, lima kategori anugerah disampaikan termasuk Berita Terbaik, Rencana Terbaik, Kupasan Isu Terbaik, Liputan Terbanyak dan Program Wawancara Terbaik.

Naib Canselor UKM Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman dalam ucapannya berkata berdasarkan analisis data dari Januari hingga Ogos 2024, sebanyak 14,700 petikan universiti itu dikeluarkan dalam media tempatan.

Beliau berkata ini merangkumi 7,867 petikan dalam surat khabar bercetak, 5,604 di akhbar dalam talian dan 1,229 menerusi media penyiaran.

"Angka ini menyedarkan UKM bahawa sokongan media yang berterusan adalah amat penting untuk menyerlahkan UKM ke persada masyarakat di tanah air dan antarabangsa," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan