AM > BERITA

MetMalaysia Kesan Penipuan Permohonan Perolehan Palsu

13/09/2024 07:01 PM

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesan kegiatan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai kakitangan jabatan itu untuk membuat permohonan perkhidmatan dan bekalan tidak wujud.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kegiatan licik itu dikesan hasil aduan dan apabila semakan dilakukan menerusi sistem ePerolehan, mendapati permohonan itu tidak didaftarkan dalam sistem berkenaan malah turut menggunakan dokumen palsu serta kepala surat jabatan yang direka. 

"MetMalaysia memandang serius terhadap perkara ini kerana telah mencemarkan imej jabatan dalam melaksanakan tadbir urus yang baik, telus, saksama dan berintegriti.

"Ingin ditegaskan bahawa semua urusan perolehan jabatan ini menggunakan sistem ePerolehan secara dalam talian sepenuhnya dan serahan dokumen secara manual tidak dibenarkan," menurut kenyataan itu. 

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihati semua pihak terutama mereka yang menerima permohonan secara manual atas nama jabatan berkenaan agar lebih berhati-hati dan berhubung dengan Unit Perolehan MetMalaysia terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kerugian akibat penipuan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan