AM > BERITA

Tun Juhar Terima Pangkat Kehormat Laksamana Muda Maritim

13/09/2024 08:12 PM

KOTA KINABALU, 13 Sept (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin telah dianugerahkan pangkat Laksamana Muda Maritim Kehormat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata penganugerahan pangkat kehormat berkenaan, melakar sejarah tersendiri apabila ia julung kali dianugerahkan kepada Yang Dipertua Negeri.

Beliau turut merakam ucapan terima kasih kerana sudi menerima pangkat tersebut.

“Penganugerahan pangkat kehormat ini sebagai tanda penghargaan pihaknya kepada Tuan Yang Terutama Tun Juhar serta kerajaan Sabah, atas sokongan penuh kepada Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan perairan Sabah sentiasa terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut hadir menyaksikan majlis pemakaian pangkat kehormat tersebut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, serta pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan