AM > BERITA

PM Anwar Ucap Selamat Hari Jadi Ke-67 Kepada Presiden Marcos

13/09/2024 10:30 PM

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan selamat hari jadi kepada Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-67.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar turut menzahirkan harapan untuk terus memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan Filipina.

“Semoga tahun ini membawa kejayaan dan memberikan kepuasan yang berterusan dalam semua usaha anda.

“Memandangkan kita kini meraikan 60 tahun hubungan diplomatik, saya berharap untuk terus memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara pada tahun-tahun akan datang berdasarkan sikap saling menghormati dan bekerjasama,” katanya.

Perdana Menteri turut berkongsi video ucapan selamat hari jadi untuk Marcos yang beliau sifatkan sebagai seorang sahabat yang begitu bertenaga, ceria dan boleh dipercayai.

“Raikan hari jadi ini dengan tekad untuk anda membina semula Filipina dan memperjuangkan nasib rakyat.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk menunjukkan betapa berharganya anda sebagai seorang rakan dan saya amat menghargai persahabatan, kepercayaan serta keazaman kita bagi meningkatkan lagi hubungan kedua-dua negara dalam apa jua cara,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan