AM > BERITA

Pos Malaysia Memperingati Hari Malaysia 2024 Dengan Set Folder Edisi Khas

14/09/2024 03:28 PM

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) melancarkan set folder edisi khas sempena Hari Malaysia 2024.

Set folder edisi khas bertemakan ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’ itu memperingati pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963 serta mencerminkan komitmen negara terhadap perpaduan dan kemajuan.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan koleksi yang direka oleh jenama kreatif Loka Made itu menampilkan identiti pelbagai budaya Malaysia melalui ilustrasi indah pelbagai bangsa, berlatarbelakangkan mercu tanda ikonik negara.

"Tema ini turut terserlah dalam penggunaan peribahasa “Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai” pada setem," menurut kenyataan itu.

Ciri utama koleksi Hari Malaysia 2024 adalah penggunaan dakwat limunan pada setem yang mendedahkan reka bentuk tersembunyi di bawah cahaya UV. Ciri inovatif ini menambah elemen interaktif kepada setem koleksi.

Dengan harga RM33.80, set eksklusif ini akan mula dijual pada Selasa (17 Sept) di semua 90 Pejabat Filateli Pos Malaysia di seluruh negara termasuk 13 Pejabat Pos Am serta secara dalam talian di https://shop.pos.com.my sementara stok masih ada.

Set ini mengandungi satu Helaian Setem terdiri 20 x setem RM1.30, satu sampul Surat Hari Pertama dengan setem (termasuk risalah percuma) dan satu folder.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan