AM > BERITA

IPIM Berpotensi Tingkat Minat Pelajar Teroka Pengetahuan Baharu

14/09/2024 05:42 PM

TAIPING, 14 Sept (Bernama) -- Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) berpotensi  meningkatkan minat pelajar meneroka pengetahuan baharu, khususnya bagi mata pelajaran Sejarah.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) Datuk Kamarul Baharin A. Kassim berkata program yang diwujudkan sejak 2015 itu memberikan penekanan terhadap subjek berkenaan yang menjadi antara mata pelajaran teras di sekolah.

"Mata pelajaran Sejarah menjadi antara medium dalam melahirkan dan membentuk jati diri rakyat yang patriotik, taat setia dan cintakan negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Semarak @ Muzium Matang di Muzium Matang, Kota Ngah Ibrahim di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri lebih 500 pengunjung dalam kalangan petugas JMM, guru sekolah, pelajar dan masyarakat setempat.

Beliau berkata program IPIM itu melibatkan pelajar berumur 10 hingga 17 tahun dan setiap mereka perlu mengikuti pelbagai modul yang disediakan dalam program berkenaan.

Peruntukan program ini melalui Kementerian Kewangan (MOF) yang diselaraskan JMM dengan kerjasama pihak KPM sejak 2015.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan