AM > BERITA

Bomba Selamatkan 60 Mangsa Terperangkap Kejadian Kepala Air Di Tangkak

15/09/2024 09:37 PM

TANGKAK, 15 Sept (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan 60 pengunjung terperangkap dalam kejadian kepala air ketika beriadah di Air Terjun Gunung Ledang di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang melibatkan kesemua pekerja kilang itu pada 12.51 tengah hari. 

Beliau berkata sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux dengan kekuatan sembilan anggota digegaskan ke lokasi kejadian. 

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati seramai 60 individu terkandas akibat aliran deras air dari puncak Gunung Ledang akibat hujan lebat.

“Susulan itu, PKO bertindak membawa kesemua mangsa menyeberangi sungai menggunakan tali dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.18 petang. 

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan