AM > BERITA

Lebih 280 Hilang Tempat Tinggal Dalam Kebakaran Di Tongod

16/09/2024 10:38 AM

TONGOD, 16 Sept (Bernama) -- Sebanyak 282 penduduk daripada 74 keluarga kehilangan tempat tinggal selepas 44 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Penangah di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.24 malam.

Sepasukan anggota bersama dua jentera digerakkan dan tiba di lokasi kejadian yang terletak di pedalaman pada 11.30 malam.

“Sebanyak 13 anggota terdiri daripada sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dan empat dari BBP Beluran digerakkan ke lokasi kejadian.

“Rumah terlibat terbakar 100 peratus. Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air terbuka. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” menurut kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, api berjaya dikawal pada 2.30 pagi, dan operasi ditamatkan 7.10 pagi ini

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan