AM > BERITA

Hampir 1,000 Sertai Permukiman Komuniti MADANI Zon Sabah, Labuan

16/09/2024 03:23 PM

PENAMPANG, 16 Sept (Bernama) -- Hampir 1,000 peserta menyertai permukiman komuniti MADANI zon Sabah dan Labuan di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) di sini yang turut dihadiri Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Permukiman itu menghimpunkan ahli daripada 219 komuniti MADANI di Sabah serta enam komuniti MADANI Wilayah Persekutuan Labuan.

Program bermula pada 8.30 pagi itu diisi dengan ceramah komuniti MADANI penggerak komunikasi berwibawa yang disampaikan Duta Anti Scam Polis Diraja Malaysia Rahmat Fitri Abdullah.

Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Development Studies (Sabah) Prof Madya Datuk Dr Ramzah Dambul, turut menyampaikan ceramah bertajuk ‘Memaknai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)’.

Pada majlis tersebut, Fahmi menyantuni peserta komuniti MADANI dan mengadakan sesi perbincangan bersama mereka.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan