AM > BERITA

Hari Malaysia: PERKEP Gua Musang Hasilkan 13 Replika Monumen Bersejarah

16/09/2024 04:26 PM

GUA MUSANG, 16 Sept (Bernama) -- Lebih 200 ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) membina 13 replika monumen bersejarah sebagai hiasan di blok kediaman anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.

Antara replika bangunan bersejarah berkenaan ialah Tugu Negara, Bangunan Parlimen Malaysia, Menara Condong, Bangunan Abdul Samad, Menara Kuala Lumpur serta Menara Berkembar Petronas yang diperbuat daripada bahan kitar semula dan binaan kekal.

Pengerusi PERKEP IPD Gua Musang May Soluman berkata usaha ini mula dilakukan sejak dua minggu lepas dengan menggunakan pelbagai bahan boleh dikitar semula seperti botol plastik, sarang telur, penutup botol dan atap zink yang telah dibuang.

"Setiap replika turut disertakan maklumat tentang sejarah monumen itu untuk memberi ilmu pengetahuan kepada semua penduduk dan kita akan terus jaga dan hias replika monumen ini walaupun sudah berakhir sambutan Hari Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Hari Malaysia peringkat IPD Gua Musang hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan