AM > BERITA

Gempa Bumi Kuat Landa Rantau Kepulauan Mariana

16/09/2024 10:07 PM

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Mariana pada 7.36 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak di 17.1 darjah utara dan 147.2 darjah timur dengan kedalaman 112 kilometer (km) iaitu 2,156 km tenggara dari Yokosuka, Jepun.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman web jabatan itu.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan