AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Perlis Akan Terima Bantuan Wang Tunai - MB

18/09/2024 08:58 PM

ARAU, 18 Sept (Bernama) -- Mangsa banjir di Perlis akan diberikan bantuan wang tunai segera menerusi Tabung Bencana Perlis, kata Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

Beliau berkata tabung bencana itu adalah atas nama akaun Amanah dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Che Murad Sayang Ramjan yang akan diberikan menerusi Pejabat Pembangunan Persekutuan Perlis, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

"Sumbangan tabung ini akan diberi melalui ICU Perlis. ICU yang akan urus kepada penerima bantuan atau mangsa bencana terus ke akaun mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Arau di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis Ku Chik Ku Mat Esa.

Sementara itu, beliau menasihati rakyat Perlis agar lebih berhati-hati dengan mengurangkan aktiviti di luar rumah terutamanya semasa hujan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Setakat 2 petang ini, sejumlah 45 mangsa banjir daripada 15 keluarga di Perlis ditempatkan di PPS SK Arau dan SK Sena, Kangar.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan