AM > BERITA

Budak Perempuan Enam Tahun Dikhuatiri Dibaham Buaya Ketika Mandi Sungai Di Bintulu

18/09/2024 11:34 PM

SIBU, 18 Sept (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahum yang sedang mandi sungai bersama ahli keluarga di Kampung Seberang Pasar Lama Tatau, Bintulu, kira-kira 159 kilometer dari sini, dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya lewat petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dikenali sebagai Cicilia Julan Intik tertumpu di sekitar jeti di tebing sungai.

Menurutnya sebaik sahaja panggilan kejadian diterima pada jam 7.21 malam, enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau telah digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai itu.

“Komander operasi melaporkan kejadian melibatkan seorang kanak-kanak perempuan mandi di sungai bersama ahli keluarga beliau pada jam 6.30 petang dan kejadian disaksikan oleh datuk mangsa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Operasi pencarian mangsa ditangguhkan pada pukul 8.30 malam kerana keadaan cuaca gelap dan faktor keselamatan anggota SAR dan operasi pencarian akan disambung semula pada pagi esok.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan