AM > BERITA

PM Hulur Bantuan Khas Kewangan Kepada 18 Individu

28/09/2024 10:17 PM

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghulurkan bantuan khas kewangan kepada 18 individu yang memerlukan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi semalam.

"Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka dan saya mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan.

"Saya dan rakan-rakan Kerajaan MADANI akan terus berusaha membantu setiap rakyat yang memerlukan, insya-Allah," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan