AM > BERITA

GISBH: Terengganu Berhati-hati Kendalikan Tindakan Sita - Ahmad Samsuri

02/10/2024 06:04 PM

KUALA TERENGGANU, 2 Okt (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu lebih berhati-hati dalam mengendalikan urusan sitaan terhadap premis perniagaan milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya akan meneliti dari sudut perundangan terlebih dahulu bagi mengelakkan risiko saman daripada mana-mana pihak.

“Kita akan tengok dari segi peruntukan undang-undang, apa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak berkuasa negeri boleh buat. Kita biar ikut peraturan… kalau tidak akan ada risiko saman. 

“Akan ambil masa sedikit untuk rujuk pihak berkuasa agama dan undang-undang sebelum mengambil langkah seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Seminar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Terengganu Penggal 2024-2026, di sini hari ini. 

Ahmad Samsuri sebelum ini dilaporkan berkata urusan pembatalan atau penggantungan lesen akan ditentukan hasil mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang diadakan baru-baru ini. 

"Belum ada kemas kini soal lesen ini. Isu lain pun kita akan tengok sekali gus mengelakkan kelompongan dalam penguatkuasaan yang boleh membuka tindakan undang-undang pula (dari GISBH)," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan