AM > BERITA

Ribut Petir Diramal Landa 10 Negeri, KL Petang Ini

15/10/2024 02:27 PM

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ribut petir diramal berlaku di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran dikeluarkan pada 1 tengah hari memaklumkan negeri terlibat ialah Pulau Pinang dan Perak selain Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.

Turut diramal mengalami ribut petir ialah Jelebu, Negeri Sembilan manakala Kedah di Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Bagi negeri Pantai Timur negeri terlibat ialah Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin, manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu, selain Kelantan di Jeli dan Kuala Krai.

Tambunan, Sandakan dan Kudat di Sabah dan Mukah, Kapit dan Bintulu di Sarawak juga diramalkan mengalami cuaca yang sama.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan