AM > BERITA

Bomba Selamatkan Kanak-kanak Tersepit Jari Dalam Mesin Permainan

16/10/2024 10:12 PM

IPOH, 16 Okt (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terpaksa menahan kesakitan selepas jarinya tersepit di dalam mesin permainan di sebuah kedai runcit di Jalan Panchor, Kampung Pantai Remis, dekat Manjung petang tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata dalam kejadian kira-kira 6.40 petang itu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan jari mangsa. 

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.47 petang dan peralatan khas digunakan bagi mengeluarkan jari kanak-kanak berkenaan.

“Mangsa hanya mengalami cedera ringan dan kanak-kanak itu dipercayai memasukkan jari ke dalam lubang mesin permainan ketika cuba mengeluarkan bebola dalam mesin permainan itu atau egg twisting machine," katanya. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan