AM > BERITA

Kerajaan Cadang Perluas Galakan Cukai Peningkatan Eksport Kepada Perkhidmatan Reka Bentuk IC

19/10/2024 12:29 AM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan galakan cukai peningkatan eksport bagi sektor perkhidmatan diperluas kepada perkhidmatan reka bentuk litar bersepadu (IC), menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian itu berkata cadangan berkenaan dibuat bagi menyokong misi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk menjadikan Malaysia sebagai hab Teknologi dan Penyelesaian Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) Termaju.

“Tarikh berkuat kuasa akan bermula pada tahun taksiran 2025,” katanya dalam lampiran yang dikeluarkan seiring dengan pembentangan Belanjawan 2025 hari ini.

Pada kedudukan semasa, syarikat yang menjalankan aktiviti perkhidmatan terpilih dan berjaya meningkatkan eksport, layak menuntut pengecualian cukai sehingga 70 peratus pendapatan berkanun bersamaan 50 peratus daripada nilai peningkatan eksport.

Antara aktiviti perkhidmatan terpilih untuk galakan cukai peningkatan eksport ialah perundangan, senibina, perakaunan, pemasaran, perkhidmatan pejabat, pengurusan pembinaan, penerbitan, pendidikan swasta, pencetakan dan lain-lain.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan