AM > BERITA

Kadar Bantuan Sara Hidup Veteran ATM Tidak Berpencen Naik Kepada RM500

19/10/2024 01:53 AM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 berbanding RM300 pada masa ini. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2025 berkata kerajaan turut bersetuju melanjutkan bayaran penghargaan khas kepada pesara dan penerima pencen terbitan mulai Januari hingga Disember 2025. 

“Masih segar di ingatan tragedi serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang meragut nyawa dua anggota polis Allahyarham Lans Koperal Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Allahyarham Lans Koperal Muhamad Syafiq Ahmad Said serta Sarjan Mohd Hasif Roslan yang cedera akibat terkena tembakan. 

“Bagi memperkasakan perlindungan sosial kepada semua penjawat awam, Skim Ex-Gratia Bencana Kerja akan diperluas dan dipermudah,” katanya. 

Anwar berkata bagi anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaan yang hilang upaya kekal semasa dalam operasi, bayaran faedah Ex-Gratia Operasi sehingga RM50,000 akan diberikan bagi bencana kerja mulai tahun ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan