AM > BERITA

JBPM Bawa Dua Pesakit Orang Asli Dapatkan Rawatan Di Hospital Gua Musang

21/10/2024 05:15 PM

GUA MUSANG, 21 Okt (Bernama) -- Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan membawa seorang kanak-kanak perempuan berserta seorang wanita Orang Asli dari Pos Balar di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Gua Musang, semalam. 

Penolong Kanan Penguasa JBPM Ahmad Hafiz Sulaiman berkata kedua-dua pesakit itu diterbangkan dengan pesawat sama jenis Agusta A109E yang berlepas dari Subang pada 11.30 pagi dan tiba di Pos Balar pada 12.40 tengah hari semalam. 

Beliau berkata pesakit kanak-kanak Nor Dira Arisan berumur tujuh tahun dibawa masuk ke dalam pesawat menggunakan pengusung kerana berada dalam keadaan lemah dan pucat. 

“Kanak-kanak itu mengalami demam panas, cirit-birit, batuk dan tidak makan serta minum selama enam hari manakala pesakit wanita  Ata Abus, 44, hamil dengan usia kandungan 27 minggu. 

“Proses membawa pesakit ke dalam pesawat memakan semasa selama 15 minit dan turut dibantu penduduk," katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan