AM > BERITA

Kejayaan SMART Di IRC Pakistan Bukti Pasukan Penyelamat Malaysia Diktiraf Dunia - Ahmad Zahid

23/10/2024 12:58 PM

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama)  -- Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) memenangi tempat kedua keseluruhan di International Rescue Challenge (IRC) sempena Asia Pacific Earthquake Exercise 2024 di Pakistan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan tahniahnya berkata  kejayaan SMART mendapat tempat kedua daripada sembilan negara bertanding adalah satu pencapaian amat membanggakan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata pencapaian di peringkat antarabangsa itu membuktikan bahawa pasukan SMART Malaysia memiliki kepakaran dan kesiapsiagaan terbaik setanding dengan pasukan penyelamat terkemuka dunia.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada SMART yang berjaya mengharumkan nama negara di IRC. 

“Semoga kejayaan ini terus menjadi motivasi untuk memperkukuh kemampuan dan kerjasama pasukan penyelamat kita demi memastikan keselamatan rakyat dan negara sentiasa terjamin. Insya-Allah,” katanya menerusi catatan di Facebook.

SMART turut merangkul tempat kedua dalam acara Height Rope Rescue.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan