AM > BERITA

JPJ Pahang Lelong 21 Kenderaan

23/10/2024 06:00 PM

KUANTAN, 23 Okt (Bernama) -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang hari ini memperoleh kutipan sebanyak RM51,000 hasil lelongan 21 kenderaan pelbagai jenis membabitkan 19 pembida. 

Dalam kenyataannya hari ini, JPJ Pahang memaklumkan antara kenderaan yang dilelong ialah kereta jenis MUV Honda Stream, Toyota Wish, Mazda 3 dan motosikal DEMAK X90 keluaran 2012. 

“Kenderaan yang mendapat hasil bidaan tertinggi hari ini membabitkan kenderaan MUV Honda Stream keluaran tahun 2007 yang berjaya dilelong dengan harga RM23,700.

“Dua buah motosikal buatan DEMAK X90 tahun 2012 menerima bidaan terendah pada harga RM250,” menurut kenyataan itu. 

Menurut JPJ Pahang, lelongan yang berlangsung di Dewan Sri Makmur, Kompleks JPJ di sini hari ini, menawarkan 23 kenderaan iaitu 11 motosikal, lapan kereta, tiga kenderaan pelbagai utiliti (MUV) dan sebuah pikap. 

Sebelum ini, hasil lelongan pada Julai, merekodkan kutipan sebanyak RM242,970 melibatkan 76 kenderaan. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan