AM > BERITA

Aplikasi MyInvois LHDN Kini Boleh Dimuat Turun

23/10/2024 08:20 PM

PUTRAJAYA, 23 Okt (Bernama) -- Pembayar cukai kini boleh melaksanakan e-Invois menerusi aplikasi MyInvois di  telefon pintar masing-masing pada bila-bila masa, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan aplikasi MyInvois itu boleh dimuat turun daripada semua platform sistem pengoperasian iaitu App Store (pengguna iOS), Google  Play (pengguna Android) dan AppGallery (pengguna Huawei).

"Bagi mengakses dan  melaksanakan e-Invois menerusi aplikasi MyInvois ini, pengguna perlu melengkapkan proses log masuk kali pertama terlebih dahulu di Portal MyInvois. 

"Aplikasi ini mengandungi beberapa  ciri utama seperti pengurusan profil dan dokumen seperti  terkandung dalam Portal MyInvois," menurut LHDN.

Sebelum ini, LHDN membangunkan Portal MyInvois sebagai mekanisme penghantaran e-Invois secara percuma bagi memudahkan pelaksanaan e-Invois kepada semua pembayar cukai.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan