IPOH, 24 Okt (Bernama) -- Keadaan banjir di Perak petang ini bertambah baik apabila hanya 48 mangsa daripada 12 keluarga berbanding 137 orang daripada 36 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak dan Perak Tengah.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak di daerah Hilir Perak, hanya tiga orang daripada dua keluarga berlindung di PPS Dewan MPTI Langkap manakala 23 orang daripada lima keluarga masih berlindung di Dewan Serbaguna Chikus sejak seminggu lalu berikutan kediaman mereka terjejas akibat banjir.
"Di daerah Perak Tengah, seramai 22 mangsa daripada lima keluarga masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Dato' Sagor," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di daerah Larut, Matang dan Selama, Kinta, Kuala Kangsar, Hulu Perak dan Batang Padang, petang ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial