AM > BERITA

Anwar Nasihat Stesen Minyak Tambah Baik Kemudahan Bagi Keselesaan Orang Awam

25/10/2024 08:19 PM

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua syarikat penyedia stesen minyak untuk menambah baik kemudahan yang disediakan di kawasan mereka, bagi manfaat orang awam.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar percaya usaha menambah baik kemudahan itu dapat meningkatkan mutu dan perkhidmatan ke tahap lebih baik demi kebersihan dan keselesaan orang awam.

“Usai solat Jumaat, saya membuat pemeriksaan mengejut di Petronas Presint 16, (Putrajaya) termasuk daripada segi infra, kemudahan tandas dan surau orang awam. Diapit bodyguard cilik, saya sempat melihat sendiri kesiapsiagaan kesemua kemudahan yang disediakan untuk pengunjung.

“Saya percaya masih ada banyak ruang penambahbaikan untuk dimanfaatkan semua syarikat penyedia stesen minyak terkait kemudahan yang disediakan termasuk menyediakan sejadah yang dalam keadaan baik dan bersih,” katanya.

Menerusi video yang dimuat naik dalam hantaran itu, Anwar berkata walaupun keadaan jauh lebih baik ketika ini, Petronas harus meningkatkan lagi mutu pengurusan termasuk kemudahan surau kerana ia digunakan oleh jutaan rakyat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan