AM > BERITA

Parlimen: Sesi Pertanyaan Kepada PM Sepanjang November Dijawab Menteri

29/10/2024 09:30 PM

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pada setiap Selasa yang lazimnya dijawab Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan dijawab oleh menteri-menteri sepanjang November ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Ramli Mohd Nor berkata ini kerana Perdana Menteri akan mengadakan lawatan ke luar negara sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau memaklumkan perkara itu sebelum menangguhkan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15, bagi minggu ini.

Ramli berkata Dewan Rakyat tidak bersidang pada esok dan Khamis sempena sambutan Deepavali.

Persidangan minggu ini menyaksikan 56 Ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025, bagi peringkat dasar.

Ini menjadikan 131 wakil rakyat selesai berbahas rang undang-undang itu, selepas ia dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 18 Okt.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin (4 Nov).

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan