ALOR GAJAH, 3 Nov (Bernama) -- Seorang remaja lelaki maut dilanggar kereta ketika melintas jalan dalam kejadian di Jalan Lendu Dalam, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata mangsa, Radzin Muslimin, 13, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dalam kejadian kira-kira 7.15 malam itu.
"Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika pemandu berumur 29 tahun dalam perjalanan dari arah Lendu menghala ke Rembia dan ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati melintas secara tiba-tiba dan pemandu terbabit tidak sempat memberhentikan keretanya.
"Terdapat rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang diperoleh daripada kenderaan terlibat yang menunjukkan bagaimana kemalangan itu berlaku," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ashari berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial